#19 Puasa Ramadhan

Puasa Ramadhan :

a) Wajib Puasa Ramadhan 

  1. Sempurna bulan syaaban 30 hari
  2. Anak bulan ( ru'yah hilal ) sudah dilihat , bagi orang melihatnya walaupun dia fasiq
  3. Qadhi telah menetapkan bahawasanya anak bulan telah nampak) disebabkan satu orang a'dlu syaha da tin telah nampak anak bulan maka wajib puasa bagi yang tidak melihat anak bulan
  4. Oranf A'dlu riwayatun yang thiqah ( boleh dipercayai ) mengkhabarkan bahawasanya ia telah nampak anak bulan,sama ada hatimu percayai atau tidak
  5. Dengan Zhon bahawasanya ramadhan sudah masuk , melalui ijtihad = bagi org yg tidak jelas / samar samar atasnya tentang kedatangan ramadhan ( contohnya org dalam penjara gelap )

b) Syarat syarat sah berpuasa 


1. BerakalOrang yang gila tidak wajib puasa.
2. Baligh [ Mukallaf ] (umur 15 tahun ke atas) atau tanda yang lain.Kanak-kanak kecil tidak wajib puasa.

Sabda Rasulullah s.a.w:
رفع القلم عن ثلاثة : عن النائم حتى يستيقظ وعن الصبي حتى يحتلم ، وعن المجنون حتى يعقل
Maksudnya : Tiga golongan terlepas dari hukum: (a) Orang yang tidur sehingga dia bangun (b) Orang gila sehingga dia sembuh (c) Kanak-kanak sehingga dia mencapai umur baligh.

(Hadis Riwayat Imam Abu Daud)

3. Mampu berpuasa. Orang yang tidak mampu samada kerana tua atau sakit tidak diwajibkan ke atas mereka berpuasa.

Firman Allah s.w.t:

وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Maksud: Sesiapa yang sakit atau sedang dalam perjalanan, maka hendaklah dia berpuasa di hari lain. Allah menghendaki keringanan bagi kamu, dan Dia tidak menghendaki kesukaran ke atas kamu.

[Surah Al-Baqarah, Ayat: 185]

Firman Allah s.w.t:

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

Maksud: Dan ke atas orang yang mampu tetapi amat payah menunaikannya (kerana tua, lemah atau sebagainya) hendaklah dia membayar fidyah, (iaitu) memberi makan orang miskin


 

  4. Sihat
  5. Bermukim ( tidak bermusafir )


c) Rukun-rukun Puasa

  1. Berniat pada malam hari , puasa fardhu 
  2. Tidak melakukkan perkara membatakan puasa dalam keadaan ingat , serta tidak terpaksa , melaikankan orang jahil ma'zur iaitu jahil yang diterima ,jadi dengan itu apabila seseorang melakukan perkara membatalkan puasa secara tidak sengaja atau jahil ma'zur maka puasanya tidak batal
  3. Orang yg berpuasa

d) Kaffaratul 'Uzma

  1. seseorang yang membatalkan puasa dengan berjimak(setubuh) maka wajib didenda besar dan mengqodo' serta dita'zir(hukum)

e) Pembatal Puasa 


  1.  Makan dengan sengaja, 
  2. Minum dengan sengaja. 

Jika orang yang sedang berpuasa,  makan atau minum kerana lupa, maka itu tidak membatalkan puasanya.
Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

30- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا 
أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ. (رواه مسلم)

30- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa lupa semasa ia sedang berpuasa,  lalu ia makan atau minum,  maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, sebenarnya Allah jualah yang telah memberi makan dan minum kepadanya".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Demikian juga halnya perkara-perkara lain yang membatalkan puasa,  jika dilakukan dengan tidak sengaja,  samada kerana lupa atau kerana dipaksa dan sebagainya (2), maka itu tidak membatalkan puasa. 
Selain dan itu perkara-perkara yang membatalkan puasa dan diwajibkan mengqadhanya sahaja seperti berikut:


  3. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja,  sama ada melalui lubang telinga, lubang susu,  lubang kemaluan dan sebagainya dan sama ada benda itu cair atau beku.

  4. Muntah dengan sengaja. 

  5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.

  6. Kedatangan haid. 

  7. Nifas (beranak).

  8. Mabuk sepanjang hari.

  9. Pengsan sepanjang hari.

10. Gila walau sekejap.

11. Melakukan sesuatu yang membinasakan Islam - yang menyebabkan orang itu menjadi murtad,  sama ada dengan tutur kata - pengakuan atau dengan amal perbuatan ataupun dengan cita-cita dan iktikad kepercayaan.  (3)
______________________________
1. Sahih Muslim - bi Syarh al-Nawawi (8:53).
2. Atau kerana ia jahil akan hukumnya, disebabkan ia baharu memeluk Islam,  atau kerana tinggal di tempat yang terpencil dan jauh dari alim ulama'.
3. Perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu menjadi murtad telah diterangkan dalam "Mastika Hadith" jil. pertama, hlm. 261.

e) Berbuka Puasa

  1. Wajib : haid , nifas
  2. Boleh/harus : musafir,sakit
  3. Tiada hukum ( tidak haram,tidak harus,tidak wajib) : orang gila
  4. Haram : menunda qodho' puasa padahal mampu