#1 Rukun Islam dan Rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  • أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

- Syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulnya. Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sahlah seseorang itu sebagai seorang Muslim. Maka segala kefardhuan dalam islam menjadi wajib ke atasnya dengan kata lain mesti dilaksanakan.

2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN


1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.


No comments:

Post a Comment