#12 Solat : Bahagian 1

Syarat sah solat :
  1. Suci dari hadas (kecil dan besar)
  2. Suci dari najis pada badan,pakaian dan tempat solat
  3. Menutup aurat
  4. Menghadap kiblat
  5. Masuknya waktu solt
  6. Mengetahui akan kefardhuan solat [ tahu solat itu fardhu ]
  7. Hendaknya tidak mengikhtikadkan satu perbuatan fardhu dripada fardhu-fardhu solat sebagai sunat
  8. Meninggalkan hal-hal yang membatalkan solat
Rukun Solat
  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. I`tidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.


Syarat membaca Al Fatihah :
  1. Tertib
  2. Berturut - turut
  3. Menjaga huruf-hurufnya 
  4. Menjadi tasydid-tasydid
  5. Tidak boleh berhenti dengan lama apabila sedang membaca ayat2 al fatihah
  6. Membaca semua ayat dan basmallah
  7. Bacaan salah akan merosak bacaan al fatihah maka solat tidak sah
  8. Al fatihah dibaca semasa solat fardhu ( bagi mampu )
  9. Bacaan mampu didengar dengan telinga , tidak boleh baca dalam hati ( tidak sah )
  10. Diantara bacaan al fatihah, jangan sampai diselangi oleh zikir yang lain

Contoh bacaan Al fatihah





Sunat mengangkat tangan :


  1. Takbiratul ihram
  2. Ketika akan ruku'
  3. ketika i'tidal
  4. ketika berdiri dari tasyahud awal ( tahyat awal ) , menuju ke rakaat 3

Syarat Sujud

  1. Hendak 7 bahagian badan menyentuh tanah
  2. Dahi terbuka
  3. Kepala ditekan ketika sujud
  4. Sujud hanya kerana Allah
  5. Tidak terhadap sesuatu yang bergerak , contoh sujud pada selendang yang digantung pada bahu bagi lelaki.Benda yang di sujud wajib la duduk tetap.
  6. Kepala dan bahu bawah kedudukan dari punggung
  7. Bertuma'ninah ( berhenti seketika,cukuplah dengan jangka masa seperti jangka masa untuk menyebut subhanallah)

a) Soalan : jika bagi lelaki , sujud lalu baju dibelakang tersingkap lalu mendedahkan auratnya  , apa perlu                         saya buat?

Jawapan : sujud dahulu dan betulakn baju tersebut. tetapi jangan lebih dari 3 gerakan.

b) Soalan :Apakah anggota sujud ?

Jawapan :
  1. dahi
  2. 2 telapak tangan
  3. 2 lutut                                                                       jadi keseluruhan anggota adalah 7
  4. 2 perut jari kaki
c) Apakah bacaan sujud ?


Waktu haram solat :


  1. Ketika matahari terbt,sehinggalah ia terbit setinggi tombak
  2. Ketika istiwa' - kecuali hari jumaaat - hingga matahri condong ke barat
  3. Ketika matahari kekuningan ( senja )
  4. Setelah solat subuh hingga matahari terbit
  5. Setelah solat asar hingga matahari terbenam

Saktah dalam solat :

  • Definisi : berhenti seketika ( cukuplah dengan sebut subhanaAllah ) , tidak membaca apa2
  • Saktah adalah berhenti membaca seketika dan tuma'ninah berhenti pergerakan tubuh seketika.
  1. Antara takbiratul ihram dan iftitah
  2. Antara doa iftitah dan bacaan ta'awwuz Ta’awwuz’ ialah ucapan “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim” yang diucapkan sebelum membaca ‘Bismillah’ apabila kita membuat sesuatu, kerana dengan bacaan ” Ta’awwuz ” akan membersihkan lidah daripada kekotoran yang dibawa oleh syaitan.]
  3. Bacaan ta'awwuz dan membaca al fatihah
  4. Membaca al fatihah dan amin
Rukun-rukun yang wajib tuma'ninah :
  • berhenti sebarang pergerakan tubuh selama satu bacaan subhanaAllah
  1. Rukuk
  2. I'tidal
  3. sujud
  4. diantara 2 sujud

Sujud Sahwi

  1. Meninggalkan satu sunat ab'ad atau sebahagian
  2. Melakukan sesuatu yang apabila dilakukkan dapat membatalkan solat dalam keadaan lupa ( tidak batal kerna lupa )
  3. memindahkan hukum qauli ( ucapan / bcaan ) kepada tempat lain
  4. Mengerjakan hukum fe'li (perbuatan) tapi terasa lebih
Sunat Ab'ad :
  1. Tasydud awal
  2. Duduk untuk tasydud awal
  3. Membaca selawat nabi pada tasydud awal
  4. Membaca selawat kepada nabi pada tasydud akhir 
  5. Membaca qunut
  6. Berdiri baca qunut
  7. Membaca selawat dan salam kepada nabi , keluarga dan sahabat dalam qunut 

Batal solat : 

  1. Berhadas [ kecil / besar ]
  2. Kejatuhan naajis kecuali jika terus dibuang 
  3. Aurat terbuk akibt tiupan angin kecuali terus diitutup
  4. Berbicara / lafazkan 2 huruf  / satu yang difahami dgn sengaja
  5. Tig gerak secara berturut  walaupun LUPA 
  6. Satu lompatan yang kuat
  7. Satu pukulan yang terlalu kuat sehingga badan bergerak
  8. Tambah rukun fi'li
  9. Mendahului atau tertinggal 2 rukun fi'li imam ketika berjemaah
  10. Niat membatalkan solat
  11. Menggantung niat ( kalau hujan aku batal solat )
  12. Ragu ragu sama ada batal atau tidak solat

Uzur solat
  1. tidur
  2. lupa
Hadas , ada dua jenis :
  1. Hadas kecil iaitu hadas yang mewajibkan wudu'
  2. Hadas besar iaitu hadas yag mewajibkan mandi junub




No comments:

Post a Comment