#9 Tayamum

Sebab sebab tayamum :


  1. Tidak ada airSekiranya seseorang itu tidak ada air padanya,tetapi yakin ada air di kawasan sekitar, hendaklah dia mencarinya terlebih dahulu kira-kira sekitar enam ribu langkah. Jika air masih tidak ditemui bolehlah bertayammum.
  2. Penyakit yang menjadi lebih parah apabila terkena air
  3. Ada air tepi tidak mencukupi  : Jika seseorang itu hanya mempunyai air yang sedikit dan air itu hanya cukup untuk keperluan minumannya dan binatang ternakan sahaja, memberi makhluk hidup minum yang dihormati menurut syara'.Dalam keadaan ini dia dibolehkan bertayammum.
  4. Cuaca terlalu sejuk : Cuaca yang terlalu sejuk  dan penggunaan air mungkin boleh memudaratkan 



    Makhluk hidup minum yang dihormati  menurut syara': ( Kecualii )

  1. Orang yang meniggalkan solat
  2. Orang zina muhson ( orang yang berzina dan sudah mempunyai suami/isteri)
  3. Murtad
  4. Kafir harbi ( oran kafir yang mengancam )
  5. Anjing garang
  6. Babi

Syarat Tayammum

  1. Mesti menggunakan debu
  2. Hendaklah dengan debu yang suci
  3. Debu yang telah digunakan , tidak boleh digunakan untuk tayammum 
  4. Debu yang tulen yang bermaksud tiada campuran dengan benda asing seperti tepung dan sejenisnya
  5. Hendaklaah dengan dua kali ( at least / sekurang2nya ) meletakkan telapak tangan pada debu , satu kali usap paada muka dan satu kali usap pada kedua tangan
  6. Wajib membersihkan diri dari najis sebelum bertayammum
  7. Hendak berijtihad mencari kiblat , dan wajib tahu kiblat sebelum tayamum
  8. Tayammum setelah solat tiba
  9. 1 tayammum untuk 1 solat fardhu

Fardhu Tayammum :

  1. Memindahkan debu
  2. Niat
  3. Mengusap muka
  4. Mengusap kedua dua tangan hingga siku
  5. Tertib

Batal Tayammum :

  1. Segala hal membatalkan wudhuk adalah membatalkan tayammum
  2. Murtad
  3. Menduga ada air

Soalan : Jika sedang menunaikan solat lalu hujan atau mendapat beri bawa air telah dijumpai , apa harus buat?

Jawapan : Hendaklah membatalkan solat dan mengambil wudhuk dengan air dan menunaikan solat.


No comments:

Post a Comment