#3 Istinja'

Definisi istinja' :


  • Istinja menurut bahasa artinya terlepas atau selamat, dari bahasa Arab الْاِسْتِنْجَاء . Sedangkan istinja menurut istilah syariat Islam ialah bersuci sesudah buang air besar atau buang air kecil.

Syarat-syarat Sah :

  • syarat sah beristinja' [ bersuci ] dengan batu ada 8
  1. hendaklah menggunakan 3 biji batu
  2. menggunakan 3 batu untuk membersihkan tempat yang ada najis (qubul/dubul )
  3. istinja' dengan batu hanya sah jika najis masih basah , jika sudah kering , wajiblah menggunakan air untuk bersuci
  4. Najis tidak berpindah tempat dari kawasan keluarnya najis , jika sudah beralih maka wajib gunakan air. Sebagai contoh , jika najis dari punggung sudah beralih ke 2 mangkuk pungkuk dari lubang maka cara bersuci hanyalah dengan air...Tambahan , jika najis keluar dari zakar dan cecair beralih melepasi kepala zakar ( bentuk cendawan ) maka cara bersuci dengan air sahaja
  5. Najis tidak dicampuri dengan benda lain
  6. Najis tidak melebihi dari kawasan hasyafah ( kepala zakar ) [ kencing ] dan safhah ( bila buang air besar )
  7. Tidak terkena air
  8. Menggunakan batu yang suci ...

contoh batu :





Jika ada 3 penjuru , gunakan ketiga tiga penjuru.Setiap penjuru boleh gunakan sekali sahaja dan tukar dengan batu lain.


No comments:

Post a Comment