Definisi Wudhuk :
Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.
Rukun Wudhuk :
- Maksud rukun atau fardhu ialah sesuatu yang dikehendaki dilakukan berdasarkan perintah Allah (swt) yang thabit berdasarkan bukti dan dalil yang putus (qat’ie) iaitu dari al-Quran dan hadis yang mutawatir atau setaraf dengannya seperti hadis masyhur. Hukum yang dikeluarkan dari ayat al-Quran dan hadis berstatus mutawatir adalah paling kukuh dan tidak boleh sama sekali dipertikaikan. Sesiapa yang mempersoalkannya boleh menjadi kafir.Di antara contoh ibadah yang bersifat rukun dalam solat ialah takbir secara berdiri menghadap kiblat, berdiri, bacaan al-Quran, rukuk dan sujud.
- Rukun wudhuk adalah :
- Niat ;
“Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.
atau
“Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.
2. Membasuh muka
3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku
4. Mengusap rambut
5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
6. Tertib ( mengikut urutan )
tetapi lebih baik kita tambah dengan sunat berwudhuk , dapat pahala lebih..
Perkara-perkara sunat ketika wudhuk
- Membaca Basmalah
- Basuh tangan
- Berkumur-kumur
- Masukkan air dalam hidung ( sedut air kedalam hidung )
- Membasuh semua kepala
- Membasuh telinga
- Basuh celahan jari
- Mendahulukan anggota badan kanan
- Membasuh anggota 3 kali
- Membaca doa selepas berwudhuk

Hadith
Fadhilat bersugi ketika bersugi :
- Solat sunat 2 rakaat dengan bersugi adalah lebih baik dari solat sunat 70 rakaat yang tidak bersugi.
- Mencerdikkan akal
- Mencerahkan mata
- Melambatkan uban rambut
- Mengurang bongkok atau sakit pinggang
- Menggandakan pahala
- Mengingatkan kita untuk mengucap 2 kalimah syahadah ketika nazak
sumber dari kitab Idaman Penuntut
No comments:
Post a Comment